Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku kepada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu.
Ya Muhaimin,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dariMu.
Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.
Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan,
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan menyeru manusia kepadaMu.
Amin...
Muhammad Zakuan,
aku cintakan mu kerana Allah.
kerana cinta mu kepada Allah.
Ya Allah,
berikan rasa cinta kepada Muhammad Zakuan kepadaku adalah kerana cintaMu,
dan berikan rasa cinta kepadanya, kerana cintaMu jua.
No comments:
Post a Comment