Sunday, January 2, 2011

Hinanya Diri Ini

Ya Allah..
Ku merasakan diri ini semakin jauh daripadaMu.
semakin lama,
dosa-dosaKu kian bertambah,
kesabaran ku semakin menipis tatkala menghadapi ujian daripadaMu,

Ya Allah..
Ku mohon keampunan kepadaMu,
ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku,
dosa-dosaku,
dosa-dosa keluargaku,
dosa guru-guruku,
dosa sahabat-sahabatku,
dan dosa seluruh muslimin dan muslimat baik yang hidup, atau yang telah kembali kepadaMu.

Ya Allah,
Ku mohon,
berikanlah aku kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujianMu,

Ya Allah,
jadikanlah aku muslimah sejati,
anak yang solehah,
dan muslimah yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,
berikanlah petunjuk dan hidayahMu kepadaku,
sekiranya aku menyimpang dariMu,
lindungilah aku, Ya Allah.
Lindungilah aku dari melakukan kemungkaran kepadaMu,
menderhaka kedua ibu bapaku.

Ya Allah,
kurniakan Muhammad Zakuan menjadi jodoh yang baik dan halal untukku,
sekiranya,
dia bukan yang terbaik,
jadikanlah dia yang terbaik buatku.

Ya Allah,
ku terlalu mengikut perasaan ketika bertindak,
terlalu mengikut hawa nafsu dan bisikan syaitan,
aku mudah menyerah.

Berikanlah aku kekuatan, Ya Allah!!

Kau yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasihani.
Bantulah aku, Ya Allah!

-yang mendambakan cinta dan kasih mu, YA ALLAH.

No comments:

Post a Comment